Sunday, February 3, 2019

Cara hilangkan jerawat secara alami !




Assalamualaikum dan hello teman-teman semua. 
Memiliki wajah yang bersih , suci dan tulen sudah pasti menjadi dambaan teman-teman semua kan? Apa tidaknya, pergi mana-mana pun orang akan puji, sanjung dan idolize gitu.

Namun, untuk memiliki wajah bak bayi ini memerlukan sedikit usaha yang consistent ya teman-teman. Bukan harini uolls jaga muka tup tup besok dah berubah macam bidadari. No uolls. Completely no!

Namun jangan risau dan bimbang. Pada perkongsian kali ini saya akan kongsikan beberapa tips mujarab lagi selamat yang menjadi amalan nenek moyang kita. Tips ni sesuai untuk diamalkan para wanita dan jejaka di luar sana. Tak perlu bazir duit beribu-ribu dah sebab kita boleh kembalikan kejelitaan wajah kita menggunakan bahan-bahan alami dan senang didapati.



1. Aloe Vera ( Lidah Buaya ).

Lidah buaya sangat bagus untuk kulit wajah kerana mempunyai vitamin yang mampu melembapkan dan memperbaiki struktur kulit muka. Ia juga tidak memudaratkan wajah kerana tidak mempunyai bahan alergenik. 

Cara guna = Ambil lendir lidah buaya dan oleskan ke wajah. Tunggu selama 15 minit dan bilas wajah menggunakan air bersih.



2. Timun

Timun mengandungi khasiat Vitamin A, Vitamin C dan Magnesium. Maka tidak hairanlah jika timun amat memberi manfaat untuk wajah selain digunakan sebagai penghilang 'eyebag'.

Cara guna = Kupas kulit timun dan hancurkan isinya. Oleskan secara rata ke seluruh bahagian wajah. Tunggu selama 15 minit dan bilas dengan air bersih.



3. Madu asli

Madu asli merupakan bahan semula jadi yang amat mujarab dalam kecantikan. Kandungan Vitamin C yang terdapat dalam madu berkesan untuk memperbaiki sel-sel wajah daripada bakteria yang menyebabkan timbulnya jerawat.

Cara guna = Oleskan madu asli secara rata ke seluruh bahagian wajah. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air bersih.


4. Cuka epal

Cuka epal mudah didapati di pasar raya berdekatan anda. Selain bagus untuk wajah, cuka epal juga ternyata bagus untuk masalah penghadaman dan banyak lagi.

Cara guna = Campurkan sedikit air bersih dengan cuka epal. Oleskan ke wajah. Tunggu selama 15 minit dan bilas dengan air bersih.



5. Lemon

Kandungan Vitamin C yang tinggi dalam buah lemon amat membantu untuk menghilangkan jerawat secara total. Juga, buah lemon dapat mencerahkan wajah secara alami.

Cara guna = Perah buat lemon ke dalam bekas yang bersih. Oleskan air buah lemon pada wajah menggunakan kapas. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air bersih.



6. Bawang putih

Bawang putih mengandungi Sulfur yang merawat jerawat dengan cepat. Selain itu, Kandungan Allicin dalam bawang putih mampu untuk membunuh bakteria yang berkampung pada wajah anda.

Cara guna = Kupas bawang putih dan hancurkan isinya. Oleskan ke bahagian-bahagian yang terdapat jerawat pada wajah dan biarkan selama 15 minit. Selepas itu, basuh wajah menggunakan air bersih.



7. Putih telur

Putih telur juga amat baik untuk wajah kerana boleh dijadikan masker alami. Putih telur mengandungi asid amino dan zat besi yang elok untuk penyembuhan sel kulit wajah.

Cara guna = Pisahkan kuning telur dan putih telur. Oleskan putih telur secara rata keseluruh bahagian wajah. Biarkan selama 15 minit dan basuh menggunakan air bersih.



8. Beras

Aneh bukan? Namun ternyata mineral dan vitamin yang terkandung dalam beras amat bermanafaat untuk kesihatan dan kecantikan kulit wajah.

Cara guna = Kisar beras dengan menggunakan blender. Campurkan beras tersebut dengan air bersih sehingga lumat. Oleskan ke wajah dan tunggu selama 15 minit. Kemudian, bilas dengan air bersih.

Hasilnya.....


Hehe. Gambar google je uolls. Tapi saya yakin korang mesti lagi menawan lepas amalkan tips berguna ni.

Itulah antara bahan-bahan alami yang uolls boleh praktikkan untuk hilangkan jerawat, jeragat, kulit kusam dan juga kulit berminyak. Selamat, mudah dan senang. Tapi kena selalu amallah uolls sebab ' kulit memerlukan masa untuk kembali sihat'. 

Terima kasih dan jumpa lagi uolls. HAPPY READING! 

No comments:

Post a Comment